Sunday, 21 June 2015

PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM

       CUACA PANAS                                                                                     CUACA SEJUK


TUMBUHAN MEMPUNYAI CIRI KHAS UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DENGAN IKLIM DAN PERUBAHAN MUSIM. CIRI - CIRI KHAS ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT :


[AKAR PANJANG]

KAKTUS

POKOK KAKTUS MEMPUNYAI AKAR PANJANG. AKAR YANG TUMBUH PANJANG KE DALAM TANAH MEMBOLEHKANNYA MENYERAP AIR DENGAN LEBIH BAIK. POKOK - POKOK LAIN JUGA MEMPUNYAI CIRI INI KERANA AIR MERUPAKAN KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN UNTUK TERUS HIDUP.

[BATANG MENYIMPAN AIR]
 POKOK PISANG

POKOK KAKTUS

POKOK KAKTUS DAN POKOK PISANG MEMPUNYAI BATANG YANG BOLEH MENYIMPAN AIR. INI MEMBOLEHKAN TUMBUHAN INI TERUS HIDUP WALAUPUN DALAM MUSIM KEMARAU DAN PANAS MELAMPAU.

[MENGGULUNGKAN DAUN]

POKOK TOMATO

POKOK KUNYIT

TUMBUHAN MENGGULUNGKAN DAUNNYA APABILA HARI PANAS SEBAGAI SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN KEHILANGAN AIR. 

[MENGGUGURKAN DAUN]

POKOK GETAH

SEMASA MUSIM KEMARAU DAN KERING, DAUN POKOK GETAH AKAN GUGUR.
DAUN YANG GUGUR DAPAT MENGELAKKAN KEHILANGAN AIR.

[DAUN BERPECAH - PECAH ]

POKOK KELAPA

RUPA BENTUK DAUN POKOK KELAPA YANG BERPECAH - PECAH DAPAT MENGURANGKAN RINTANGAN ANGIN. CIRI INI JUGA DAPAT MENGELAKKANNYA DARIPADA TUMBANG APABILA DITIUP APABILA DITIUP ANGIN KENCANG.

[DAUN BERBENTUK JARUM]

POKOK RU

POKOK RU  MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK JARUM HALUS. DAUN INI AKAN MENGURANGKAN KEHILANGAN AIR.